Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor

DIFTONG bermakna gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, seperti aiau dan oi. Diftong boleh terletak pada awal kata,di tengah kata dan di akhir kata.

Diftong di awal kata

1. Diftong “ai” dilambangkan dengan alif-hamzah-yaءي] apabila berada di awal kata.

Contoh:

Diftong [ai] yang hadir di awal kata:

Rumi جاوي
aising اءيسيڠ
aileron اءيلرون

Huruf hamzah disisipkan antara huruf alif dan ya untuk membezakan bunyi [i] dan [ai].

2. Diftong “au” dilambangkan dengan alif-hamzah-wauءو] apabila berada di awal kata.

Contoh:

Bunyi [u] dan [au]. Diftong [au] yang hadir di awal kata:

Rumi جاوي
audio اءوديو
audit اءوديت
automatik اءوتوماتيک
autonomi اءونومي

Huruf hamzah disisipkan antara huruf alif dan wau untuk membezakannya.

3. Diftong ‘oi’ dilambangkan dengan alif-wau-wau-ya [اووي] apabila berada di awal kata.

Contoh:

Diftong [oi] yang hadir di awal kata:

Rumi جاوي
oidium* اوويديوم

* Hanya perkataan ini sahaja yang terdapat dalam daftar kata untuk mewakili diftong [oi] di awal kata.

…bersambung.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1068839
    Visit Today : 162
    This Month : 17092
    Total Visit : 1068839
    Hits Today : 729
    Total Hits : 4393795
    Who's Online : 8
  • Kategori